Selamat Datang ke Laman Miss Tata Smile Shop...
Saya berharap agar semua sentiasa tersenyum apabila mengunjungi blog ini....
Anda semua boleh memilih pelbagai aneka kek, kek cawan, coklat dan sebagainya yang terjual di blog ini...
PEMBORONG KEK LAPIS SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA
BENGKEL RAWANG SELANGOR DI BUKA SETIAP HARI 8 PAGI - 8 MALAMCALL - 017 215 9962 / 017 215 6161
Kek Negro - (Kek Hati Parik Version)
Kek ini kebanyakan orang Sarawak sukakan kek ini,saya belum
kesempatan membuat kek ini,insyaallah pada musim cuti nanti.Rasanya juga
seperti kek hati parik,tetapi kek hati parik mempunyai rasanya yang
tersendiri,pekat & lembab.
Untuk Bahan bahannya -
10biji telur Gred A/B
1 botol Horlicks
800grams kismis hitam
2gelas gula kasar - di masak atas api baru masukkan segelas air,sejukan
16oz butter Golden Churn
4buku coklat masakan di cairkan atas api,sejukan
6sudu browning
6sudu golden syrup
1gelas gula halus
3gelas tepung gandum
1sudu bikarbonate of soda
Caranya -
Telur + gula di pukul hingga kembang
Masukkan horlicks,bikarbonate of soda
Butter di pukul berasingan hingga kembang
Coklat masakan di masukkan ke dalam adunan telur td,masukkan kesemua adunan,kacau hingga rata.
kukus selama 6jam
Selamat Mencuba
Untuk Bahan bahannya -
10biji telur Gred A/B
1 botol Horlicks
800grams kismis hitam
2gelas gula kasar - di masak atas api baru masukkan segelas air,sejukan
16oz butter Golden Churn
4buku coklat masakan di cairkan atas api,sejukan
6sudu browning
6sudu golden syrup
1gelas gula halus
3gelas tepung gandum
1sudu bikarbonate of soda
Caranya -
Telur + gula di pukul hingga kembang
Masukkan horlicks,bikarbonate of soda
Butter di pukul berasingan hingga kembang
Coklat masakan di masukkan ke dalam adunan telur td,masukkan kesemua adunan,kacau hingga rata.
kukus selama 6jam
Selamat Mencuba
Tuesday, January 15, 2008
Kek Lumut Kukus
Bagi yang berminat kek kukus,ini ialah salah satu kek sarawak yang juga di minati ramai
Bahan A
1 sudu teh vanilla
16 ozs mentega Golden Churn/buttercup
1 1/2 gelas gula halus
Bahan B
10 biji telur
1 tin kecil kaya yeos
5 gelas tepung nestum
sebotol pasta pandan koepoe keopoe dari Jakarta (jika tidak ada boleh gunakan pasta pandan biasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 gelas tepung almond (badam)
(jika tiada tepung almond juga boleh di tukar dengan horlicks)
Cara Membuatnya:
1. Pukul Bahan A hingga kembang - putih
2. Masukkan telur satu persatu di dalam adunan tadi sehingga habis.
3. Susu pekat manis,pukul lagi,
4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung nestum.
5. Akhir sekali masukkan kaya & pasta pandan.(Jika ada boleh masokkan browning sedikit untuk menampakkan seperti warna lumut)
6. Kukus selama 4jam di dalam loyang 8x8 & loyang di tutup dengan plastik,ikat di sekeliling dengan tali rafia,utk mengelakkan air dari masok.juga boleh gunakan aluminium foil.
Selamat Mencuba.
Saturday, January 12, 2008
Friday, January 11, 2008
Kek Lapis Masam Masam Manis - Hawflakes- Kukus
Resepi kek ini adalah dari turun temurun,so saya ingin berkongsi resepi ini kepada anda.
Sediakan pengukus sederhana isi air setengah,letak limau kasturi atau asam keping untuk mengelak pengukus menjadi hitam.biarkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Kek Lapis Masam Masam Manis
Bahan A
16 oz mentega golden churn
2 gelas gula (boleh di kurangkan gula kpd 1cwn bg yg xthn manis)
2 sudu teh vanila
Bahan B
10 biji telur gred A/B
1 tin susu pekat manis
2gelas biskut marie [ditumbuk]
1gelas tepung hong kong
1 sudu teh bikarbonate soda
1 gelas horlicks
Bahan C
pewarna hijau,kuning atau coklat (pilih 2 atau 3 pun boleh)
12 bungkus haw flakes
Cara cara membuat bahan2:
Pukul Bahan A hingga kembang menjadi putih
Pukul Bahan B berasingan,telur pukul hingga kembang
baru di masok kan yang lain mengikut urutan list bhn ini
Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Sediakan loyang 8x8 atau 7x7 juga boleh,sapukan sedikit butter,kertas minyak mengikut saiz loyang,barulah taburkan sedikit tepung ditepi loyang,untuk mengelak dari melekat.
Kukuslah selapis-selapis dan tutup loyang dengan kain putih,atau kertas putih juga boleh,tp letak senduk panjang melintang di atas loyang untuk menahan kertas dari masok ke dalam acuan tu. tutup pengukus,kukus selapis selama 5minit,barulah di masukkan warna yg baru.
setiap 2 warna selang selikan dengan haw flakes.
jika hendak membakar juga boleh tetapi kena tambahkan ovelette.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment